Simpanan Emas Bermatlamat
Buka Akaun Emas Fizikal Public Gold ( GAP ) Hari Ini Serendah 1 Gram
- Assalamualaikum , Salam Sejahtera.Saya Sabri Ahmad seorang perunding
emas fizikal sebagai portfolio simpanan dan pelaburan.Sejak 2010
merupakan authorized Master Dealer bagi syarikat pengeluar emas
pelaburan berstatus LMBA ( international ) yakni Public Gold.
- Ramai orang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau
masuk akaun emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh
syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi jer. Kalau nak sewa
safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah
tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula
menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet
cuma sekitar RM150 – RM200 jer sebulan.
- Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah
setapak lagi dengan melancarkan produk terbaru yang dinamakan Gold
Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang
memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah
kat mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.
Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang ?
- 1. Keselamatan - Sedar atau tidak,
wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap
kali hendak keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang-kadang
apabila akaun bank kita tidak aktif, pihak bank akan mengambil baki wang
dari akaun anda. Anda pernah alaminya?
- 2. Perlindungan -Simpanan
dalam bentuk wang fiat (syiling dan duit kertas yang kita gunakan
sekarang) akan sentiasa dimamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan
menurun. Lihat sahaja nilai Ringgit yang semakin rendah berbanding
Dollar sekarang.
Emas pula sebaliknya kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Ini
menunjukkan kekayaan kita tidak akan berkurangan jika menyimpan emas.
- 3. Mudah Dicairkan - Selain
emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon.
Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan.
Jika pada suatu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini
perlu mengambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam
bentuk wang semula.
Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam
bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni.
Mengapa begitu? Ini kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi
terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.
- 4. Tahan Lama - Aset seperti
rumah, kedai, kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau
rosak jika terendam di dalam air apabila berlakunya bencana alam. Jika
ini berlaku, nilainya juga akan hilang.

- 5. Hak Pemilikan Dan Pengelolaan Sendiri -
Jika anda membeli emas, anda memperoleh jongkong emas itu serta dapat
menyimpannya sendiri. Pendek kata, anda yang menguruskannya. Bukan pihak
lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety
deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk
mengambilnya apabila perlu.
Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya bagi mendapatkan wang, ia
boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin
mengambil masa yg lama. Mungkin memakan masa sehingga 10 hari bekerja.
Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda mungkin mengalami
kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera.
Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai
contoh. Agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk
pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat kerana memerlukan kos
pembedahan atau rawatan yang segera.
Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal
terlebih dahulu, nauzubillah.
Apa Itu Gold Accumulation Program (GAP) ?
- GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita
boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma.
Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1
gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram.
Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita boleh keluarkan
semua emas tu. Tak perlu tinggalkan baki minimum dalam akaun sebagaimana
KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.
"Kita ambik contoh DUIT.
Duit ada dlm poket kita utk belanja dan juga ada dlm akaun bank utk simpanan kita, betul? Duit dlm poket tu adalah duit fizikal. Duit dlm bank pula adalah duit maya tetapi bila dikeluarkan, ia tetap jadi fizikal cuma bank bantu simpankan sementara utk kita je..
Begitu jugalah dengan belian emas fizikal dan akaun emas GAP. Kita beli emas dan pegang sendiri itu dinamakan belian terus emas fizikal.
Kita beli emas dan Public Gold bantu simpankan terus dlm peti simpanan itu dinamakan belian secara akaun GAP. Belian emas cara ini akan diconvertkan dlm bentuk akaun bagi memudahkan kita memantau jumlah belian yg telah dibuat dan dikumpul. Walaupun nampak seperti akaun emas, tetapi ia tetap dlm btk fizikal bila kita buat pengeluaran dr akaun emas GAP kita tu tadi.
Boleh faham?
Cara beli sahaja yang berbeza, tetapi outputnya tetap sama iaitu SEMUANYA ADALAH EMAS FIZIKAL!
Saya amat suka dengan belian secara akaun emas GAP. Kenapa?
Sebab utama adalah saya boleh buat belian secara sikit2, ansur2, kadang2, jarang2 dan dpt disimpan terus dlm btk akaun. Yang paling best adalah KADAR SPREADNYA FLOATING IKUT JUMLAH GRAM TERKUMPUL.
Cthnya: Katakan saya mula simpan 1gram emas, spreadnya 8%, then tambah pun tambah punya tambah jadilah 20gram, maka spread emas saya sudah berkurang kpd 7%. Dan sehinggalah tersimpan sebanyak 250g, spread emas saya terus mengecil menjadi 4.5%. MAKIN KECIL SPREAD MAKIN CEPAT SAYA DAPAT UNTUNG!"
- Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
- Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram ( tiada komitmen nak beli/jual – boleh ikut kemampuan/masa anda ).
- Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tiada yuran simpanan dikenakan.
- Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
- Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
- Tiada syarat wajib tinggalkan baki minimum. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa.
- Uruniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
- Setiap pengeluaran emas fizikal di cawangan luar Penang akan dikenakan caj “transportation cost” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, tak ada transportion cost dikenakan.
Kemudahan GAP Public Gold
- Nak beli emas kali pertama tapi ada perasaan takut kena tipu.
- Kaki boros tak mampu nak disiplinkan diri menyimpan setiap bulan.
- Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
- Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
- Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
- Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.
Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?
Buy Now

